Laluan Jalan Seremban-Simpang Pertang ditutup kerana tanah runtuh

0
87
Keadaan Jalan Seremban-Simpang Pertang pagi ini-Gambar Ihsan Media Sosial.

SEREMBAN –  Laluan FT 086 Jalan Seremban – Simpang Pertang yang menghubungkan antara Jalan Pantai dan Jeram Toi ditutup kepada semua kenderaan.

JKR Daerah Seremban dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya akan menutup laluan berkenaan berikutan berlaku tanah runtuh di kawasan tersebut.

“Penutupan Jalan Persekutuan secara sementara bagi laluan keluar dan masuk bermula hari ini (19 Disember) sehingga dimaklumkan kelak.

“Kerja-kerja kecemasan melibatkan bencana tanah runtuh sedang giat dilaksanakan di tapak dan penutupan jalan secara sementara pada masa yang ditetapkan adalah perlu demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan tersebut di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pad aitu katanya, pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here