Laluan lebuhraya LPT di Bentong terputus akibat tanah runtuh

0
1986
Dua buah lori yang terlibat dalam kemalangan akibat tanah runtuh dipercayai di KM62 Karak malam ini.

KUALA LUMPUR – Laluan menghubungkan Pantai Timur dengan Kuala Lumpur dilaporkan terputus ekoran kejadian tanah runtuh yang dipercayai berlaku kira-kira 11.30 malam tadi.

Lokasi kejadian tanah runtuh disertai dengan pokok tumbang itu dikatakan di Kilometer 62 Karak-Bentong dekat sini.

Menurut video dan gambar yang tular, kejadian telah menyebabkan laluan di kedua-dua arah lebuh raya itu terputus.

Dalam rakaman video juga menunjukkan dua buah lori tersangkut pada konkrit pembahagi jalan dipercayai akibat ditimpa tanah runtuh.

Salah seorang pengguna di media sosial mendakwa, beratus kenderaan ketika ini ‘tersekat’ di lokasi kejadian dan mengharapkan bantuan dipercepatkan.

Sementara itu, kejadian tersebut turut dikongsi oleh artis Fizo Omar yang meminta pihak berkuasa menutup laluan dari tol Gombak menuju ke Karak bagi mengelak kemalangan dan usaha membantu dapat dipercepatkan.

“Keadaan di Karak Highway. Belom ade bantuan. Semua laluan terputus di karak highway ni. Di harap pihak LPT ambil tindakan sewajarnya utk block kenderaan dari terus masuk dari tol gombak dan tol karak.
.
Allahu..tak terdaya kami nak bantu,ramai yg terkandas termasuklah anak2 kecil yg warga emas terkanda di tgh hujan lebat ni.diharap mana2 pihak dpt menghantar bantuan secepat mungkin,” katannya dalam Facebooknya.

Bagaimanapun setakat 2 pagi ini, masih tiada pengesahan mengenai kejadian ini oleh pihak berkuasa.

Sebahagian daripada keadaan LPT yang mengalami kejadian tanah runtuh malam tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here