Laut Flores dilanda gempa bumi kuat, Indonesia keluarkan amaran tsunami

0
79
Kejadian gempa bumi yang berlaku di Barat Laut Flores sebentar tadi

JAKARTA – Satu gempa bumi kuat yang berpotensi menyebabkan terjadinya tsunami berlaku di Laut Flores, Indonesia pada pukul 11.20 pagi tadi.

Gempa bumi dengan kekuatan 7.5 skala Ritcher itu berlaku pada jarak 112 kilometer (km) Barat Laut Flores Timur, 121 km Timur Laut Sikka, 134 km Timur Laut Ende, 324 km Barat Laut Kupang dan 1,722 km Tenggara Jakarta.

Berikutan itu, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tiada amcaman tsunami kepada Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here