Lebih RM100 bilion hasil dikutip LHDN sejak 2011 hingga kini

0
63
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi (kanan) menyampaikan plak kepada Ketua Pengarang Malakat Tribune, Sharaimei Shaik Ahmedullah dalam Majlis HASiL and Media: An Evening to Remember semalam.

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah berjaya meningkatkan kutipan hasil melebihi RM100 bilion sejak tahun 2011 sehingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi berkata, lebih membanggakan ialah pencapaian membuat kutipan cukai tersebut diiringi dengan kos kecekapan pungutan yang rendah pada setiap tahun dengan tidak melebihi RM2 bagi setiap RM100 cukai langsung yang dikutip.

Katanya, pencapaian itu merupakan satu pencapaian yang sangat cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Justeru, kami akan sentiasa merangka strategi bagi memudahkan pematuhan cukai secara sukarela yang berteraskan inovasi dengan memanfaatkan sumber sedia ada dan proses penambahbaikan yang dilakukan dari semasa ke semasa.

Datuk Mohd Nizom Sairi

“Antara strategi yang akan dilakukan ialah dengan memudahkan urusan pembayar cukai
dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang boleh dicapai secara dalam talian dan digital di bawah inisiatif Go Digital for Future Services dan meningkatkan pemahaman dan
kesedaran cukai dalam kalangan rakyat melalui sesi libat urus serta pemantapan aktiviti pendidikan cukai.

Majlis HASiL and Media: An Evening to Remember semalam.

“Strategi seterusnya pula ialah memudahkan pematuhan cukai melalui pengaplikasian teknologi Big Data (Hasil PowerData),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis HASiL and Media: An Evening to
Remember semalam.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan penghargaan terhadap peranan pihak media amat penting dan signifikan dalam mempengaruhi kejayaan ekosistem percukaian serta pertumbuhan ekonomi negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here