
CYBERJAYA- Lekukan Tropika yang dicerap di perairan utara Sumatera sedang bergerak ke timur menghampiri utara Semenanjung.
Jabatan Metreologi Malaysia (MetMalaysia) dalm kenyataannya berkata, ia boleh menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang di negeri-negeri utara semenanjung.
“Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) berkuat kuasa sehingga 21 Disember 2021 (Selasa) yang melibatkan kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama).