Long Tiger bersama tiga lelaki direman empat hari

0
174
Long Tiger dikawal ketat ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak pagi tadi

TANGKAK – Lelaki berketurunan Rohingya yang dikenali sebagai Long Tiger direman empat hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Tangkak.

Turut direman bagi tempoh yang sama ialah tiga orang lelaki yang merupakan rakan subahat yang membantu Long Tiger melarikan diri dan bersembunyi.

Perintah reman terhadap Long Tiger atau Abdul Hamim Ab Hamid, 32, dan tiga lagi lelaki berumur 36, 38 dan 46 tahun sehingga 1 Januari itu, dikeluarkan Majistret Analia Kamaruddin.

Long Tiger direman bagi siasatan di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, manakala tiga lagi individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 216 kanun sama.

Terdahulu pagi tadi, Long Tiger dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak pada jam 8 pagi dengan dikawal ketat oleh kira-kira 20 pegawai dan anggota polis.

Semalam, penjenayah paling dikehendaki itu ditangkap pada pukul 3.15 petang ketika sedang bersembunyi di sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah.

Tiga rakan subahatnya itu masing-masing difahamkan ditahan di Sungai Petani,  serta Yong Peng dan Batu Pahat di Johor menerusi operasi khas yang dijalankan .

Sebelum ini, ‘Long Tiger’ berjaya melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret di sini terhadap Seksyen 388 Kanun Keseksaan yang dihadapinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 pagi itu, suspek dikesan lolos menggunakan pintu hadapan kompleks mahkamah berkenaan dalam keadaan tangan bergari.

Suspek juga masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 di Mahkamah Sesyen Muar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here