‘Long Tiger’ cuba lari ke negara jiran, beri upah lumayan

0
98

CYBERJAYA – ‘Long Tiger’ dipercayai menawarkan upah antara RM20,000 hingga RM30,000 untuk membawanya ke utara tanah air melalui jalan darat dengan menaiki kereta.

Portal Kosmo melaporkan, lelaki etnik Rohingya itu dipercayai memberi upah yang lumayan kepada tiga individu untuk membantunya melarikan diri ke negara jiran sama ada Indonesia atau Thailand.

Turut dilaporkan, Long Tiger turut mengarahkan mereka menggunakan jalan dalam, bukannya lebuh raya untuk mengelakkan dirinya dikesan lebih awal.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat jumlah sebenar upah yang diberikan itu.

Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, sebelum ini berjaya meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan terhadapnya di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan bermula.

Dia berjaya ditahan kelmarin di Sungai Petani, Kedah dalam satu operasi khas pihak polis.

Bersama Long Tiger, tiga lagi individu lelaki yang berusia 36, 38, dan 46 tahun dipercayai terlibat memberi perlindungan kepadanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here