Long Tiger lolos semasa hadir perbicaraan di mahkamah

0
609
Fail fail.

TANGKAK – Banduan reman berketurunan Rohingya atau dikenali sebagai Long Tiger dilapor melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, di sini hari ini.

Suspek bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, itu dipercayai meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraan bermula.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, tindakan suspek melarikan diri disedari anggota polis yang mengiringi suspek ke mahkamah selepas dia dilihat keluar ke pintu utama mahkamah menuju ke pagar.

Menurut Mohd. Fadhil, empat anggota polis terbabit bersama pengawal keselamatan cuba mengejar suspek yang melarikan diri ke kawasan semak berhampiran sebelum gagak dikesan.

“Jarak antara suspek dan anggota polis terlampau jauh menyebabkan dia sukar diberkas. Suspek telah melalui kawasan semak berdekatan bersama gari di tangan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

“Suspek diambil dari Penjara Sungai Udang, Melaka semalam untuk perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi suspek ke mahkamah juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 kerana kecuaian.

Menurut Mohd Fadhil, suspek yang berpewatakan botak dengan ketinggian lebih kurang 160 sentimeter dan berat sekitar 65 kilogram berbaju pagoda dan berseluar coklat ketika melarikan diri.

“Kita mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lokasi tertuduh untuk segera hubungi polis,” katanya.

Tertuduh masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kini disiasat mengikut Seksyen 224 kanun sama kerana lari daripada tahanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here