MAFI anjur pertandingan hias akuarium

0
35

KUALA LUMPUR – Pertandingan DIY Mini Aquascape sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) hari ini memberi peluang orang orang ramai menyerlahkan kreativiti menghias akuarium.

Selain bersaing dalam pertandingan, peserta juga berpeluang membawa pulang hasil dekorasi yang dihasilkan.

Pertandingan anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perikanan itu dijadualkan berlangsung pada pukul 4.30 petang ini di pentas Dewan 5 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Urus setia pertandingan, Kamarul Anwar Mohamed Zabri berkata, DIY Mini Aquascape memberi peluang kepada 16 penyertaan untuk mempamerkan kebolehan menghias akuarium yang diadakan secara Live di pentas pameran.

“Semua peralatan seperti akuarium, bahan-bahan hiasan seperti batu, pasir dan tumbuhan air akan disediakan oleh penganjur.

“Tiga pemenang akan dipilih dan menariknya semua peserta boleh membawa pulang akuarium yang dihasilkan,” katanya ketika ditemui di gerai pameran Mafi hari ini.

Kamarul Anwar Mohamed Zabri

Kamarul berkata, pengadilan pertandingan akan dilakukan oleh juri dari Jabatan Perikanan berdasarkan kreativiti dan dekorasi habitat ikan.

“Hiasan akuarium memerlukan kefahaman mengenai seni dekorasi atau akuascape terutama dari segi susunan, komposisi dan penggunaan bahan.

“Tujuan penganjuran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai seni yang semakin popular ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here