Mahkamah Rayuan benarkan tangguh hukuman dan denda terhadap Najib

0
620



Datuk Seri Najib Tun Razak

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan sebentar tadi membenarkan permohonan peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menagguhkan perlaksanaan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan tersebut selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.

Syarat-syarat yang dikenakan terhadap Najib sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi iaitu dengan jaminan RM2 juta, pasport perlu diserahkan ke mahkamah dan perlu lapor diri ke balai polis berdekatan dua kali sebulan turut dikekalkan.

Wang jamin tersebut telah dibayar selepas beliau disabitkan di Mahkamah Tinggi sementara menunggu rayuan.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta selepas menolak rayuan bekas Perdana Menteri itu.

Rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan merupakan peluang terakhir Ahli Parlimen Pekan itu untuk membatalkan semua sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here