Malakat Mall jadi pusat koordinasi mangsa banjir Puchong dan Sepang

0
174
Malakat Mall, Cyberjaya

CYBERJAYA- Pusat Koordinasi Bantuan Makanan dan Pakaian Mangsa Banjir Puchong dan Sepang dibuka di Malakat Mall Cyberjaya. 

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, orang ramai boleh menghantar segala bantuan ke Malakat Mall Cyberjaya. 

“Ayuh Warga Cyberjaya dan Putrajaya dan Keluarga Malaysia, mohon hantar bantuan Pakaian yang berlebihan ke Malakat Mall Cyberjaya.

“Mohon juga bantuan Tunai untuk bantuan Pek Makanan kering dan Makanan bermasak melalui Brainy Bunch Foundation” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu hari ini Mohd Fadzil mengumumkanKampus Brainy Bunch International Islamic School Cyberjaya dibuka kepada sesiapa sahaja yang tidak boleh pulang ke rumah akibat banjir yang melanda ketika ini.

Menurut Mohd Fadzil, mereka yang ingin membuat seumbanhan boleh klik https://sadaqahmarket.com/product/tabung-bencana-banjir-malaysia untuk membuat sumbangan.

Selain itu katanya, sumbangan secara terus juga boleh dibuat di akaun Maybank Brainy Bunch Foundation di nombor akaun 562889104875.

“Semoga Allah bantu kita semua melalui detik sukar ini dengan membuka hati kita untuk membantu saudara kita yang terkesan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here