Malaysia belum iktiraf matawang Kripto

0
33
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Penggunaan matawang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum masih tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah dalam urus niaga harian di negara ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa ketika menjawab soalan Lukanisman Awang Sauni (GPS0Sibuti) yang bertanyakan pendirian kerajaan terhadap penggunaan mata wang itu.

Yamani berkata, pengiktirafan kepada aset digital itu masih belum diterima umum sebagai instrumen pembayaran dan tidak dikawal selia oleh Bank Negara.

“Mata wang itu tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran kerana ia (kewangan kripto) tidak menunjukkan ciri universal wang.

“Secara umumnya, matawang kripto bukan penyimpan nilai dan medium pertukaran yang baik disebabkan keadaan mata wang kripto yang terdedah kepada turun naik harga yang tidak menentu dan pendedahan kepada ancaman siber dan kekurangan daripada segi boleh skala,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) yang bertanyakan pendirian kerajaan berkenaan penggunaan mata wang kripto dalam urus niaga harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here