Malaysia gagal ke separuh akhir, dibenam Indonesia 4-1

0
48
Malaysia tumpas 4-1 kepada Indonesia


SINGAPURA – Malaysia gagal melangkah ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2020 apabila tumpas 1-4 kepada Indonesia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura itu, Malaysia bermula baik apabila berjaya menjaringkan gol awal melalui rembatan luar kotak penalti oleh Kogileswaran Raj.

Namun, kegembiraan itu tidak kekal lama apabila penyerang Indonesia Irfan Jaya menjaringkan gol penyamaan sebelum mengegarkan gawang Malaysia untuk gol kedua sebelum berakhir separuh masa pertama.

Gol keempt Indonesia dijaringkan oleh pemain berumur 19 tahun Elkan Baggott menerusi tandukan sekaligus menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat buat kali keempat.

Kemenangan itu menyaksikan Indonesia berjaya menempah tiket separuh akhir untuk bertemu Thailand, manakala satu lagi separuh akhir menyaksikan Vietnam akan menentang Singapura.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here