Mangsa kebakaran Flat Sri Johor dapat bantuan RM1,000

0
31
Kebakaran yang kebakaran Flat Sri Johor, Cheras semalam

KUALA LUMPUR – Mangsa kebakaran dalam kejadian kebakaran Flat Sri Johor, Cheras di sini akan diberikan bantuan khas sebanyak RM1,000 dan sebuah kediaman baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan rumah baharu tersebut kepada penghuhi kediaman yang terlibat.

Katanya, terdapat lapan unit rumah terlibat kejadian tersebut.

“Seperti saya umumkan di Selangor tadi mengenai bantuan untuk mangsa bencana, kebakaran ini juga merupakan bencana jadi kita akan berikan RM1,000 kepada setiap mereka terlibat.

“Yang 32 lagi rumah di tingkat tiga ke bawah, pihak bomba akan melakukan siasatan jika didapati tidak berbahaya lagi kepada penduduk, mereka boleh berpindah ke rumah masing-masing.

“Buat sementara ini mereka akan ditempatkan di dewan orang ramai,” katanya memetik laporan Utusan Online.

Mengulas lanjut punca kebakaran, Ismail Sabri berkata, bomba akan menyiasat dan melaporkan hasil tersebut.

Terdahulu, beliau meninjau kejadian kebakaran yang membabitkan lapan unit kediaman Flat Sri Johor, Cheras, dilaporkan musnah dalam dijilat api pada malam ini.

Difahamkan, kebakaran berlaku dipercayai berpunca daripada gas meletup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here