MARA peruntuk RM40 juta perkasa usahawan luar bandar Sabah

0
8
Mahdzir Khalid

KOTA KINABALU – Sebanyak RM40 juta diperuntukkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu usahawan Bumiputera luar bandar di Sabah yang menceburi bidang keusahawanan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, peruntukan itu akan disalurkan kepada 500 usahawan melalui MARA daerah di wilayah itu.

“Tumpuan kita adalah usaha untuk memperkukuhkan usahawan-usahawan Bumiputera luar bandar melalui pejabat-pejabat daerah MARA.

“MARA juga menyediakan bazar, lot-lot kedai dan Arked MARA yang disewakan kepada usahawan-usahawan Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Kondominium Signal Hill yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di sini , semalam.

Turut hadir, Pengerusi MARA, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Jelas Mahdzir, selain aspek pendidikan, MARA dan KPLB juga memberi penekanan khusus kepada agenda pemerkasaan usahawan Bumiputera di luar bandar.

“MARA adalah satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang sangat mengambil inisiatif kepada program agenda keusahawanan bumiputera selain daripada pendidikan TVET,” kata Mahdzir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here