Masjid Wilayah Persekutuan jadi penempatan banjir

0
28
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad

CYBERJAYA- Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan termasuk Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan menjadi penempatan sementara mangsa-mangsa banjir. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menyelaraskan perkara itu.

“Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan telah bersedia dan juga akan menyediakan keperluan-keperluan yang bersesuaian. Pihak masjid juga menguruskan makanan melalui Program Dapur It’am dan JAWI Food Bank. 

“Saya turut mengarahkan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan keperluan untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, Idris berharap mangsa-mangsa banjir terus bersabar dengan ujian daripada Allah SWT yang menimpa, semoga Allah mengangkat darjat kita disisi-Nya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here