Muhammad nama bayi lelaki paling popular di UK

0
239
Gambar Hiasan

LONDON – Satu kajian mendapati nama Nabi Muhammad adalah nama paling popular yang diberikan untuk kanak-kanak lelaki di United Kingdom (UK).

Menurut laman web BabyCentre, nama Muhammad sering digunakan untuk diberikan kepada kanak-kanak lelaki pada tahun 2021.

BabyCentre berkata, ia bermakna nama itu telah menduduki tempat teratas untuk tahun kelima berturut-turut.

“Nama itu juga mendahului nama lelaki paling popular di laman web itu sepanjang dekad,” kata BabyCentre.

Sementara nama bayi di tangga tertinggi lain yang berkaitan dengan nama Islam untuk lelaki dan perempuan pada tahun 2021 termasuk Fatima, Ali dan Layla.

Ia sekali gus mengukuhkan lagi teori bahawa Islam boleh menjadi agama yang paling berjaya di dunia Barat dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here