Mydin halalkan barangan diambil dari outletnya yang dipecah masuk di Sri Muda

0
215
AMEER ALI

CYBERJAYA – Pengendali Mydin Mart di Sri Muda, Shah Alam mengambil keputusan menghalalkan barangan yang diambil dari cawangannya dan secara tidak langsung tidak meneruskan tindakan undang-undang terhadap individu yang memecah masuk outlet berkenaan.

Keputusan itu dimaklumkan oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin dalam satu kenyataan, hari ini.

Ok

“Dengan seikhlas hati saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” Ameer Ali dalam kenyataan tersebut.

Beliau berkata, beliau amat tersentuh dengan insiden banjir tersebut ketika negara masih dilanda wabak Covid-19.

Ameer Ali turut menambah, kerosakan yang dialami oleh outlet berkenaan akibat banjir mencecah jutaan ringgit.

“Sejujurnya, saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here