Neelofa tawar bantuan kepada mangsa banjir

0
25
Tangkap layar akaun Tweeter Neelofa hari ini.

KUALA LUMPUR – Usahawan dan artis popular, Neelofa melalui Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) yang diasaskannya, melancarkan menawarkan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan banjir khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor.

Melalui perkongsian di media sosial, Neelofa memaklumkan kesudiannya untuk menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir yang berlaku semalam.

“Salam. Bagi yang sedang mengalami sebarang masalah, atau mengenali sesiapa yang sedang terkesan dengan banjir, boleh hubungi hotline Pertubuhan Kasih Neelofa.

“Kami akan cuba beri bantuan sebaik mungkin kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Orang ramai boleh melayari laman web www.kasihneelofa.org atau menghubungi talian pertubuhan 012- 2002102.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here