
CYBERJAYA- Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal kini dilantik sebagai juruiring rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut laporan Astro Awani yang memetik sumber Pejabat Perdana Menteri (PMO), Nik Ezanee, 43, telah memulakan tugas rasminya bermula hari ini
Nik Ezanee yang sebelum ini merupakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor telah diarahkan untuk lapor diri bermula hari ini di Pejabat Perdana Menteri.
Seseblum menyandang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Nik Ezanee pernah memegang jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.
Sementara itu, Nik Ezanee ketika dihubungi portal berita berkenaan turut mengesahkan pelantikan tersebut.