OKU tidak dilupakan di Program 10 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

0
87
Golongan OKU di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Program 10 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini turut menawarkan peluang kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mendapatkan pekerjaan.

Menurut Urus Setia reruai pameran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), pihaknya sentiasa mengalu-alukan kehadiran golongan itu di gerai pameran Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk merebut peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan insentif yang boleh diterima.

Perkeso dalam edaran posternya juga mengumumkan tawaran 1600 jawatan melalui penganjuran Karnival Kerjaya Orang Kurang Upaya yang akan diadakan pada 14 Disember ini di Dewan Tun Dr Ismail, WTC Kuala Lumpur.

“Antara aktiviti yang bakal disediakan adalah klinik resume, kaunseling kerjaya, perkhidmatan majikan daripada pelbagai sektor, temuduga terbuka dan kaunter serta taklimat pelbagai agensi.

“Karnival ini akan disertai oleh 16 syarikat atau majikan dari sektor awam dan swasta,” menurut kenyataan itu.

Penganjuran itu bertujuan mempromosikan peranan dan tanggungjawab KSM sebagai peneraju sokongan pekerjaan dan latihan kemahiran.

“Kami berharap program ini berjaya dan mendapat sambutan baik daripada semua pihak khususnya dengan kehadiran golongan OKU daripada pelbagai kategori dan umur yang akan didedahkan dengan peluang pekerjaan, latihan kemahiran bersesuaian dan produk-produk inovasi sokongan pekerjaan yang terkini.

“Karnival ini juga juga sebagai komitmen dan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib rakyat dan sekali gus dapat meningkatkan lagi taraf kehidupan dan sosio ekonomi mereka,” kata urus setia reruai Perkeso di Program 10 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di sini.

Sebarang maklumat mengenai karnival itu boleh didapati di portal www.myfuturejobs.gov.my atau menghubungi urus setia karnival di talian En Shahrul : 019 294 7764 atau Pn Sajeda: 019 6108304.

GERAI Kementerian Sumber Manusia di AKM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here