Operasi pasar raya Giant di Lembah Klang, Selangor dihentikan sementara

0
97
Keadaan dalam salah sebuah pasar raya Giant di Shah Alam yang dinaiki air banjir, hari ini.

CYBERJAYA – Operasi semua pasar raya besar dan pasar mini Giant di Lembah Klang dan Selangor dihentikan sementara berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu dan banjir kilat.

Kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, penutupan itu berkuat kuasa 7 malam ini sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“(Kami) Ingin memaklumkan berikutan banjir kilat dan keadaan cuaca yang tidak menentu, semua stor-stor Giant di Selangor dan Lembah Klang akan ditutup sementara dari pukul 7.00 malam, 18 Dis. sehingga diberitahu kelak.

“Tarikh pembukaan semula dan kemas kini akan dikongsi di halaman Facebook rasmi Giant,” kata syarikat itu dalam satu paparan di laman rasmi Facebook miliknya, sebentar tadi.

Kenyataan itu menambah, keputusan itu diambil setelah mengambil kira kesejahteraan pelanggan dan para kakitangannya.

“Kesejahteraan semua ahli pasukan dan pelanggan tetap menjadi keutamaan dan kami berharap semua kekal selamat dan berwaspada dengan keadaan semasa.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas kerjasama (anda semua) dan sebarang kesulitan amatlah dikesalkan,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here