[VIDEO] PandaiBola berupaya kenal pasti bakat baharu bola sepak

0
128
Yazid (kiri) bersama Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Izrin Nabil Ismail pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama strategik di Cyberjaya, hari ini.

CYBERJAYA – Syarikat MyEdusoccer percaya, aplikasi PandaiBola yang sedang mereka bangunkan mampu digunakan bagi mengenal pasti bakat baharu dalam sukan bola sepak.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif MyEduSoccer, Muhamad Yazid Yahaya, aplikasi itu dibangunkan berpandukan program fizikal yang telah mereka adakan selama dua tahun.

PandaiBola berupaya kenal pasti bakat baharu bola sepak

“Aplikasi ini akan membantu menganalisa perkembangan (pemain) berdasarkan maklumat yang dikumpulkan,” jelas Yazid, hari ini.

Yazid berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik PandaiBola di Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch, di sini hari ini.

Dibangunkan oleh anak tempatan, aplikasi yang berada dalam peringkat akhir pembangunan itu berfungsi menerusi pengumpulan data berbentuk video dan gambar yang kemudiannya akan dianalisa oleh kumpulan pakar yang terdiri daripada para jurulatih yang berpengalaman dalam pembangunan bola sepak peringkat kanak-kanak.

“Modul yang kita bangunkan memerlukan peserta melakukan tugasan tertentu, yang mana analisa akan dijalankan oleh para pakar kami menggunakan sistem Rubrik,” kata Yazid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here