Panglima Angkatan Tentera India terlibat nahas helikopter

0
215
Jeneral Bipin Rawat

NEW DELHI – Panglima Angkatan Tentera India, Jeneral Bipin Rawat dilaporkan menjadi salah seorang mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter yang jatuh terhempas di daerah Nilgris dekat Tamil Nadu, hari ini.

Portal NDTV melaporkan, helikopter jenis Mi-17V5 itu membawa 14 penumpang ketika kejadian.

Keadaan helikopter jenis Mi-17V5 yang membawa Panglima Tentera India, setelah nahas.

“Helikopter IAF Mi-17V5 berkenaan bersama Jeneral Bipin mengalami kemalangan hari ini berdekatan Tamil Nadu.

“Arahan untuk siasatan telah dikeluarkan untuk mencari punca nahas,” kata Tentera Udara India (IAF) dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketika ini, hanya tiga individu yang berjaya dikeluarkan daripada bangkai pesawat malang berkenaan.

Mangsa yang cedera tekah dibawa ke pangkalan tentera Wellington di daerah tersebut bagi menerima rawatan.

Buat masa ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mencari saki-baki mangsa yang masih tersepit dalam serpihan helikopter itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here