Panglima Tentera India terbunuh dalam nahas udara

0
108
Keadaan helikopter Mi-17V5 yang membawa Jeneral Bipin setelah terhempas.

NEW DELHI – Panglima Angkatan Tentera India, Jeneral Bipin Rawat dilaporkan terbunuh dalam nahas helikopter di daerah Nilgris dekat Tamil Nadu, hari ini.

Laporan portal CGTN menyebut, turut terbunuh dalam nahas itu adalah isteri mendiang, dan 11 anggota tentera lain.

“Dukacita dimaklumkan, Jeneral Bipin Rawat, isterinya Madhulika Rawat dan 11 yang lain disahkan terkorban dalam satu nahas, hari ini,” kata satu ciapan Tentera Udara India (IAF), sebentar tadi.

Sementara itu, seorang mangsa yang terselamat, Kapten Varun Singh kini sedang dirawat di Hospital Tentera Wellington.

Nahas tersebut berlaku ketika helikopter Mi-17V5 itu sedang dalam perjalanan ke Kolej Kakitangan Perkhidmatan Pertahanan di Wellington, di mana Jeneral Bipin dijadualkan memberi ceramah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here