Parti politik dominan jamin kerajaan lebih stabil

0
5
Mohamed Khaled Nordin

JOHOR BAHRU – Pembentukkan kerajaan melalui parti politik yang bersifat domiman dengan jumlah kerusi yang banyak adalah jaminan kerajaan lebih stabil berbanding parti politik dengan jumlah kerusi yang sedikit.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, fakta itu adalah faktor yang masih lagi relevan dalam situasi politik masa kini malah tidak boleh dinafikan kepentingannya.

Sehubungan itu Mohamed Khalid menolak dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa sistem parti politik dominan tidak lagi sesuai pada zaman ini sebagai tidak berasas.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, kepentingan parti politik yang dominan dapat dilihat dalam sesebuah pentadbiran kerajaan yang dapat memberikan tumpuan kepada pembangunan dan pembelaan rakyat tanpa hilang fokus kepada perebutan kuasa.

“Tan Sri Muhyiddin nampaknya semakin keliru semenjak tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan tewasnya PN di Melaka.

“Masakan boleh diterima hujah beliau bahawa sistem parti politik yang dominan itu tidak lagi sesuai masa. Ia berbahaya kata beliau kerana pemusatan kuasa adalah pada individu dan bukannya parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Khaled berkata, ketidakstabilan politik yang Malaysia alami selama 42 bulan lalu kerana tiadanya parti terbesar dan dominan dalam membentuk kerajaan.

Keadaan itu katanya, sehingga berlaku tragedi puluhan ahli Parlimen lompat parti demi ‘memperdagangkan’ kedudukan mereka bagi membentuk kerajaan.

Katanya lagi, pergerakan politik kepartian di seluruh dunia bertungkus lumus untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) dengan kerusi terbanyak.

UMNO katanya, ingin melihat dalam PRU15 jumlah kerusi yang akan Bersatu tandingi kerana pada PRU14, Bersatu menang 13 kerusi sahaja tetapi pemimpin mereka diangkat menjadi Perdana Menteri.

“Insya-ALLAH dalam PRU akan datang, UMNO akan menjadi parti dominan dan mengembalikan demokrasi ala Westminster yang sebenarnya kepada Malaysia,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here