PDRM berjaya tahan Long Tiger

0
279

CYBERJAYA – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya berjaya menahan kembali lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor pada 15 Disember lalu.

Difahamkan, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, berjaya ditahan dalam operasi khas yang dijalankan sekitar Johor Utara.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, esok.

Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi pada 15 Disember lalu, Ab. Hamim bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula.

Lelaki itu diambil dari penjara Sungai Udang untuk perbicaraan dibawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here