Pengembara pulang dari Arab Saudi akan diwajibkan pakai peranti digital

0
85
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Bermula minggu hadapan, semua pengembara yang pulang dari Arab Saudi akan diwajibkan memakai peranti digital.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, langkah berkenaan dikuatkuasakan bagi memastikan mereka mematuhi SOP kuarantin di rumah.

Khairy berkata, langkah berkenaan diambil ini kerana kebanyakan kes varian baharu Covid-19, Omicron yang dikesan membabitkan individu kembali dari Jeddah, terutama baru pulang daripada menunaikan umrah.

“Kebanyakan individu terbabit yang dibenarkan menjalani kuarantin di rumah, didapati tidak mematuhi arahan itu, malah menerima tetamu ketika dalam tempoh kuarantin.

“Daripada keseluruhan 49 kes Omicron dikesan, 30 membabitkan mereka yang pulang dari Arab Saudi selepas mengerjakan umrah.

“Kita mendapati sebahagian besar daripada mereka tidak mematuhi SOP, dan tiada menjalani pengasingan.

“Ada dalam kalangan mereka bergaul dengan keluarga dan menerima tetamu daripada jiran tetangga. Mereka bersalam untuk mengambil berkat tetapi akhirnya mendapat jangkitan Omicron,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here