Pelajar boleh jadi kritis dan kritikal terhadap kerajaan-PM

0
22
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melancarkan Keluarga Malaysia @ IPT di Dewan Canselor UPSI, Proton City, Tanjung Malim hari ini.

TANJUNG MALIM- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelajar boleh menjadi kritis dan kritikal dengan menyuarakan pandangan serta pendapat kepada kerajaan.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata, ia mestilah berlandaskan kepada fakta dan bukti, bukannya mengikut emosi.

Beliau berkata, ketika pertemuan dengan pemimpin pelajar, antara soalan yang ditanya ialah boleh pelajar bersifat kritis dan kritikal terhadap kerajaan.

“Saya kata boleh, luahkan perasaan dan pandangan anak-anak sekelian terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan, saya kata tidak salah kerana pelajar adalah ideal pemikirannya, perjuangan pejuang-pejuang pelajar begitu ideal dari segi perjuangannya.

“Cuma saya kata, yang pentingnya ialah perlu bertanggungjawab terhadap setiap tindakan kita dan setiap apa yang dikeluarkan oleh pelajar mesti mempunyai fakta dan bukti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Keluarga Malaysia @ IPT di Dewan Canselor UPSI, Proton City, Tanjung Malim hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan hari ini mengiktiraf peranan anak muda dan ini di buktikan apabila meluluskan Undi18 secara automatik yang berkuatkuasa 1 Januari 2022.

“Kerajaan benarkan golongan muda untuk menentukan dan memilih siapa yang bakal menjadi pemimpin negara walaupun ramai yang tidak yakin dan skeptical terhadap keputusan kerajaan itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here