
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyerahkan surat tawaran dan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Majlis penyerahan berlangsung pada sesi WalkAbout YAB Perdana Menteri Jom Masuk Ke IPT sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur petang ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad dan Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff.
Pada majlis itu enam pelajar IPT awam dan empat pelajar IPTS menerima surat tawaran belajar dan bantuan kewangan dan peralatan pengajian.
Pameran Jom Masuk IPT yang berlangsung di aras 3 KLCC menempatkan 20 gerai universiti awam, 8 IPTS terpilih dan 4 agensi di bawah KPT.
