Pelancong Taman Negara diminta keluar, elak terkandas sekiranya banjir

0
28
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta semua pelancong yang berada di beberapa tempat penginapan di Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut supaya meninggalkan kawasan tersebut susulan peningkatan paras Sungai Tembeling.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Mazlan Hassan berkata, tindakan itu bagi mengelakkan mereka terkandas sekiranya berlaku banjir.

Portal BH Online melaporkan, seramai 45 pelancong tempatan yang berada di beberapa penginapan di kawasan itu telah mula keluar secara berperingkat sejak pagi tadi.

“Trend air Sungai Tembeling yang semakin meningkat bermula di Kampung Bantal, Hulu Tembeling petang semalam, pihaknya bimbang pelancong berkenaan akan terkandas buat tempoh yang lama jika laluan ke pekan Jerantut ditutup akibat banjir.

“Lokasi yang sering dinaiki air ialah Simpang Paya Garok, laluan berhampiran sawmill Jerantut Feri dan laluan Kampung Merting,” kata Mazlan.

Beliau menambah, polis sudah memantau pergerakan pelancong terbabit keluar dengan bantuan pengusaha pusat penginapan masing-masing.

“Operasi mengeluarkan mereka berjalan lancar dan hingga petang ini semua pusat penginapan di Taman Negara termasuk di Kampung Kuala Tahan sudah tidak berpenghuni lagi,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here