Pelbagai acara menarik pada hari terakhir Keluarga Malaysia di KLCC

0
33
Penganjuran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang bermula Khamis lalu akan menutup tirai petang ini.

KUALA LUMPUR – Hari terakhir penganjuran Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini menawarkan pelbagai acara menarik.

Pengunjung juga masih berpeluang untuk memenangi hadiah Cabutan Bertuah Perdana yang menawarkan hadiah berupa sebuah Proton X50.

Cabutan hadiah utama termasuk hadiah lain seperti motosikal dan pelbagai perkakasan elektrik itu akan diadakan pada pukul 5.50 petang di Pentas Utama Dewan.

Acara yang masuk hari ke empat hari ini akan berakhir kira-kira pukul 6.30 petang ini yang dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain cabutan bertuah oleh penganjur, orang ramai juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dan kuiz yang dianjurkan di gerai-gerai pameran kementerian, agensi kerajaan dan gerai usahawan.

Peluang membeli-belah yang melayakkan pengunjung menyertai Cabutan Bertuah Perdana.

Antara pengisian pada sebelah pagi ini adalah persembahan muzik Jazz, tarian etnik Borneo, busking dan persembahan angklung yang diadakan di Dewan 1.

Di tapak sukan rakyat (Dewan 5), acara dimeriahkan dengan permainan sepak bulu ayam, tuju getah, baling selipar, baling tin dan dam ular.

Bersebelahan dengannya pula berlangsung kejohanan e-sports bagi permainan FIFA dan Mobile Legends Bang Bang yang mempertaruhkan hadiah kejuaraan sebanyak RM40,000.

Kejuaraan e-sports yang disertai oleh 128 pasukan termasuk antara terbaik di negara ini itu turut menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah.

Antara persembahan yang memeriahkan pentas muzikal kelmarin.
Tarikan kustom robot Transformers.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here