Peluang orang muda di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

0
43


Peluang kerjaya di Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC

KUALA LUMPUR- Pelbagai aktiviti kerjaya dan pendidikan yang dianjurkan berjaya menarik minat golongan muda untuk hadir ke Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC.

Rata-rata golongan muda yang ditemui teruja dengan penganjuran program berkenaan dan menyifatkan ia satu inisiatif terbaik kerajaan dalam mendekati pelbagai lapisan rakyat.

Syahril Rahimi Sah Rizal

Menurut Syahril Rahimi Sah Rizal, 19, dia teruja untuk datang ke Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia kerana pelbagai maklumat boleh diperolehi.

Katanya, maklumat itu tidak terhad kepada pencapaian setiap kementerian dan agensi semata-mata kerana sektor pendidikan dan kerjaya juga ada.

“Saya rasa bertuah apabila dapat menghadirkan diri ke program sebegini, macam-macam maklumat yang saya dapat. Ini bukti kerajaan tidak pinggirkn orang muda.

“Di sini ada peluang kerjaya untuk mereka yang mencari kerja dan ada juga peluang dan pendedahan untuk melanjutkan pendidikan menerusi segmen Jom Masuk IPT,” katanya.

Nurul Rasyika Mohd Rizal

Selain itu, Nurul Rasyika Mohd Rizal, 19 berkata, maklumat yang diperolehi di segmen Jom Masuk IPT sangat berguna baginya untuk perancangan melanjutkan pengajian.

“Saya dapat tengok institusi mana lagi terbaik untuk bidang yang saya minat,” katanya yang berasal dari Lubuk China, Melaka.

Nurain Syakira Muzahar

Sementara itu, Nurain Syakira Muzahar, 23, berkata, dia datang ke Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia untuk ‘mengintai’ peluang pekerjaan buat dirinya.

“Penganjuran Kerjaya Keluarga Malaysia sangat baik kerana membuka peluang kepada anak-anak muda mencari pekerjaan. Peluang sebegini tidak sepatutnya dilepaskan.

“Saya baharu sahaja selesai sesi temuduga dalam bidang teknologi maklumat, saya harap peluang saya ada dan mendapat pekerjaan. Terima Kasih kerajaan kerana sangat prihatin,” kata anak bongsu dari lima beradik itu.

Mohd Afiq Mohamad

Dalam pada itu, Mohd Afiq Mohamad, 25, berkata, ini peluang terbaik bagi dirinya untuk mencari peluang kerjaya selepas agak ‘bergelut’ untuk mendapatkan pekerjaan tetap.

Katanya, graduan baharu perlu datang ke Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia ini kerana pelbagai peluang terhidang selain mendapat bimbingan daripada agensi terlibat untuk sesi temuduga.

“Saya harap akan ada lagi program sebegini dianjurkan selepas ini, lebih baik diperluaskan ke seluruh negara, katanya yang merupakan graduan Universiti Petronas dalam bidang Juteras Mekanikal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here