Peluang rebut Proton X50 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

0
19
PETUGAS program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia mempamerkan kotak cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa Proton X50.

KUALA LUMPUR – Pelbagai hadiah menarik termasuk sebuah kereta Proton X50 menanti pengunjung sempena progam 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Peluang memenangi hadiah itu ditawarkan melalui dua kategori cabutan bertuah iaitu Cabutan Bertuah Perdana dan Cabutan Bertuah Harian.

Hadiah utama Proton X50 ditawarkan kepada pengunjung yang berbelanja sebanyak RM300 (terkumpul harian) di gerai pameran dan jualan usahawan di Dewan 4 dan 5.

Dengan syarat itu, pengunjung juga layak menyertai Cabutan Bertuah Harian secara automatik.

Keputusan cabutan bagi hadiah utama ini akan diumumkan pada 12 Disember ini (Ahad).

Bagi Cabutan Bertuah Harian pula, pelbagai hadiah seperti motosikal dan peralatan elektrik ditawarkan melalui 4 sesi cabutan.

Pengunjung yang ingin menyertai program ini boleh mendapatkan kupon di kiosk cabutan bertuah yang terletak bersebelahan pentas mini di Dewan 4.

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang dibuka hari ini menyajikan 58 program melibatkan 31 buah kementerian, jabatan, agensi kerajaan, sektor swasta dan usahawan.

Pengunjung di progam 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Antara yang menjadi tumpuan adalah Karnival Kerjaya, Jom Masuk IPT, bayaran saman dengan 80 peratus diskaun, Malam Aspirasi Seni, Quran Hour, persembahan seni, permainan tradisional dan pertandingan e-sports.

Gerai usahawan di program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here