Pembinaan lebuh raya dipercayai punca banjir lumpur di Hulu Langat

0
181
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kejadian banjir banjir lumpur di sekitar Taman Sri Nanding di Hulu Langat dipercayai berpunca daripada projek pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE).

Menurut portal FMT, perkara itu didedahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar selepas menghadiri program gotong-royong pembersihan kawasan terjejas banjir di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua, hari ini.

Ismail Sabri berkata, hasil pemantauan mendapati pembinaan lebuh raya itu menyebabkan longkang tertutup dan mengganggu sistem saliran air.

Ismail Sabri ketika meninjau kesan kerosakan banjir di Hulu Langat, hari ini.

“Banjir ini bukan saja disebabkan oleh air hujan, tapi (tinjauan) di Taman Sri Nanding tadi (mendapati) kerana projek EKVE.

“Longkang tertutup dan sebagainya, menyebabkan banjir lebih cepat berlaku,” kata Ismail Sabri.

Hulu Langat merupakan antara kawasan terjejas teruk akibat banjir yang melanda negara, minggu lalu.

Setakat ini, polis mengesahkan seramai 47 mangsa terkorban akibat banjir di seluruh negara manakala lima lagi mangsa masih hilang.

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala Pahang seramai 19 mangsa dan di Kelantan tiga mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here