Pembukaan Tea Amo Taman Greenwood terima sambutan luar jangka

0
45
Pelanggan bergambar di depan kiosk wagon Tea Amo Taman Greenwood, Gombak, pagi ini.

GOMBAK – Pembukaan Tea Amo di stesen minyak Shell Taman Greenwood di sini hari ini mendapat sambutan luar biasa apabila dibanjiri pelanggan seawal pukul 9 pagi.

Pembukaan premis wagon mimuman teh boba popular itu merupakan outlet ke 10 dan yang pertama melalui kerjasama Kumpulan Malakat Eco dengan Shell Trading Sdn Bhd.

Majlis pada pukul 11 pagi ini dirasmikan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan @ Tokki bersama Pengarah Urusan Shell Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.

Sempena perasmian hari ini, Tea Amo menawarkan 300 pek taufa percuma dan baucer potongan harga 50 peratus kepada pelanggan.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Affandi Hamzah; Lembaga Pengarah dan Ketua Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malakat Eco selaku Ketua Pegawai Eksekutif Tea Amo, Adzhar Mohd. Noor dan pemilik Tea Amo Taman Greenwood, Zuriana Mohmed Zuhri.

Pekerja Tea Amo menyediakan taufa percuma kepada orang ramai.

Pada sebelah petang, majlis perasmian akan dimeriahkan dengan penampilan artis Cat Farish dan influencer Rania Al Sadat.

Wagon Tea Amo Taman Greenwood di sini beroperasi setiap hari bermula dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan (tiga dari kiri) bersama Pengarah Urusan Shell Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain (tiga dari kanan) ketika merasmikan Tea Amo Taman Greenwood, Gombak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here