Pemenang cabutan bertuah wakaf motosikal untuk OKU

0
22
Ciman Salleh (kanan) bersama seorang lagi pemenang cabutan Bertuah Perdana, Zaini Mohd Zain.

KUALA LUMPUR – Pemenang hadiah motosikal dalam Cabutan Bertuah Perdana sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia hari ini akan mewakafkan hadiah diterima untuk kegunaan orang kurang upaya (OKU).

Kakitangan Pertubuhan Tukang Kayu Johor, Ciman Salleh yang memenangi hadiah kedua dalam cabutan bertuah itu berkata, beliau akan menyerahkan motosikal yang dimenangi kepada Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) untuk kegunaan OKU.

“Saya terkejut dan gembira dengan kejutan hari ini tapi tidak bercadang untuk miliki hadiah ini.

“Motosikal ini akan saya wakafkan kepada LPNM untuk kegunaan usahawan OKU,” katanya selepas majlis cabutan Hadiah Cabutan Perdana yang menawarkan hadiah utama sebuah Proton X50.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Peraduan Cabutan Bertuah Perdana menjadi penutup tirai program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung sejak Khamis lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here