Peminjam PTPTN terkesan banjir boleh mohon penangguhan bayaran

0
14
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terkesan dengan bencana banjir boleh memohon penangguhan bayaran selama tiga bulan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad, hari ini.

Beliau berkata, peminjam yang terkesan boleh kemukakan permohonan kepada PTPTN bermula 28 Dis hingga 31 Mac 2022.

“Ini berikutan bencana banjir yang melanda negara mengakibatkan kemusnahan harta benda kepada mereka yang terlibat termasuk peminjam PTPTN.

“Butiran lanjut mengenai pelaksanaannya akan diumumkan oleh PTPTN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noraini juga berkata, keputusan penangguhan pembayaran itu diambil selari dengan aspirasi kerajaan hari ini yang prihatin serta komited membantu Keluarga Malaysia dalam saat yang mencabar ini.

Katanya, diharapkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat meringankan beban peminjam yang terkesan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here