Penerima vaksin Sinovac perlu ambil dos penggalak selewat-lewatnya Februari 2022

0
150
KHAIRY JAMALUDIN

CYBERJAYA – Semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari tahun depan.

Begitu juga individu yang berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin yang diambil sebelum ini, perlu mendapatkan suntikan dos penggalak itu pada tempoh berkenaan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hari ini.

“Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Feb 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap.

“Individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin Covid-19,” katanya pada satu sidang akhbar di Parlimen, di Kuala Lumpur hari ini.

Kata Khairy Jamaluddin, bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak, kerajaan akan mengaktifkan semula Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here