Pengerusi Bank Rakyat kagum pencapaian Malakat Mall

0
348
Abd Rani (dua dari kiri) melawat outlet Anak Jantan milik Kumpulan Malakat Eco yang memasarkan pakaian eksklusif dan berkualiti tinggi diiringi oleh Nadzim Johan (dua dari kanan) dan Adzhar Mohd. Noor.

CYBERJAYA – Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar hari ini meluahkan kekagumannya melihat pencapaian Malakat Mall sebagai sebuah ‘pusat sehenti’ bagi produk-produk usahawan tempatan.

Beliau berkata, walaupun pada usia yang masih lagi baharu sejak penubuhannya, Malakat Mall telah berjaya dan berkembang menjadi sebuah mall yang bukan sahaja serba lengkap seperti mall-mall lain bahkan mempunyai keunikan tersendiri.

“Saya telah lama dengar mengenai Malakat Mall sebelum ini dan dalam lawatan pertama saya hari ini saya kagum dengan keupayaan pihak pengurusannya.

“Ini adalah sebuah mall yang lengkap dengan semua keperluan sama ada barangan runcit, makanan, baju dan sebagainya yang memenuhi keperluan masyarakat di kawasan ini,” katanya selepas kunjungan beliau di Malakat Mall Cyberjaya hari ini.

Dalam kunjungan itu, Abd Rani diiringi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan @ Tokki dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan (GISB Holdings), Datuk Lokman Hakim Pfordten.

Abd Rani Lebai Jaafar

Hadir sama Pengarah Eksekutif dan Naib Presiden Kanan Kumpulan Malakat Eco, Adzhar Mohd. Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Affandi Hamzah.

Abd Rani berkata, paling membanggakan adalah jumlah produk-produk keluaran usahawan Islam yang selama ini tidak pernah dilihat di pasaran.

“Saya ucapkan tahniah kepada Malakat Mall kerana berjaya menyatukan produk-produk ini semua di bawah satu ‘centre’. Saya dimaklumkan ada lebih daripada 1,500 jenis produk usahawan tempat di sini.

“Sudah tentu ini adalah peluang yang cukup baik kepada para usahawan dan pemilik produk untuk mengembangkan ekonomi melalui platform pusat beli belah.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua kakitangan Malakat Mall dan kita akan bantu untuk kepentingan bersama,” katanya.

Abd Rani bersama Adzhar Mohd. Noor (kiri) melawat kedai buku milik Kumpulan Malakat Eco, iaitu IqraRead Bookstores diiringi pengurusnya, Norden Mohamed (kanan).

Pada kunjungan itu, Abd Rani meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Malakat Grocer dan outlet-outlet perniagaan di Malakat Mall diiringi barisan pengurusan tertinggi Malakat Eco.

Kunjungan diakhiri dengan pertemuan dengan usahawan-usahawan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Restoran Casa de Madani.

Nadzim Johan meluangkan masa dalam pertemuan bersama usahawan PPIM di Casa de Madani.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here