Pengurusan bencana tanggungjawab setiap agensi

0
20
AFFENDI

KUALA LUMPUR – Aspek keselamatan orang awam terutama mangsa banjir diletakkan sebagai keutamaan dalam pengurusan banjir ketika ini bagi memastikan koordinasinya tersusun dan berkesan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, dalam situasi bencana, tiada pihak sepatutnya meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak sehingga mengganggu dan menjejaskan usaha menyelamatkan nyawa yang menjadi keutamaan.

“Apa yang penting di sini adalah kerjasama padu antara satu sama lain dengan meletakkan kepentingan keselamatan mangsa.

“Sebarang usaha yang dilaksanakan adalah berdasarkan konsep Whole Of Government Approach bagi memastikan setiap agensi terlibat yang dikoordinasikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dapat digembleng secara bersama dan berkesan,” katranya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya, sebarang kekurangan dalam aspek pengurusan banjir perlu diselesaikan oleh setiap agensi dalam menambah baik operasi yang dilaksanakan dan di masa-masa akan datang

Dalam pada itu, Affendi berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa komited dalam pelaksanaan tugas sekundernya terutama untuk membantu pihak berkuasa awam menyelamatkan manga yang terkesan akibat banjir.

ATM katanya telah menggerakkan seramai 63 pegawai dan 856 anggota termasuk kumpulan sokongan dalam tugas membantu dan menyelamatkan mangsa banjir.

Bantuan melalui Operasi Murni itu jelasnya melibatkan beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kelantan.

“Mereka juga turut melaksanakan tugas penyediaan dan pengagihan makanan serta sebagai ‘liason officer’ (pegawai perhubungan) di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB),”

“Kita juga telah mengaturgerakan aset-aset seperti trak tiga, lima dan tujuh tan, land rover, bot tempur serta aset udara dari Tentera Udara Malaysia apabila diperlukan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sentiasa bersedia dengan kekuatan satu kompeni iaitu lima pegawai dan 97 anggota yang diletakkan dalam keadaan kesiapsiagaan di setiap negeri untuk diatur gerak ke lokasi terjejas banjir apabila terdapat keperluan tambahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here