Peniaga pasar malam di Wilayah Persekutuan hanya perlu bayar RM2, tidak perlu bayar lesen

0
29


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menjawap pertanyaan di Senator Datuk Hisamudin Yahaya di Dewan Negara hari ini.

KUALA LUMPUR- Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bersetuju dengan cadangan agar yuran pasar malam dikenakan secara ‘one off’ atau sekali bayar iaitu sebanyak RM2.

Terdahulu, perkara berkenaan dicadangkan di Dewan Negara hari ini oleh Senator Datuk Hisamudin Yahaya sebelum dipersetujui oleh Shahidan yang menanggap ia sebagai cadangan yang baik.

“Cadangan yang berhormat ini cukup baik dan antara yang terbaik, saya ucap terima kasih dan kita juga telah rancang. Tetapi kita jawap di dewan yang mulia ini bahawa cadangan itu dipersetujui,” katanya.

Hisamudin dalam cadangannya itu juga meminta agar kesemua kira-kira 16,000 peniaga pasar malam di Wilayah Persekutuan dikecualikan bayaran lesen dan ia cukup sekadar bayaran secara one off RM2 itu sahaja.

Dalam perkembangan yang sama, Hisamudin turut meminta agar Kementerian Wilayah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjadikan pasar malam sebagai saluran pengedaran sumber makanan.

“Sebagai contoh ialah ayam, jika kita boleh berbincang dengan FAMA untuk pembekalan. Maknanya DBKL seliakan harga ayam dengan menggunakan pasar malam sebagai saluran atau kementerian sendiri kawal harga,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here