Perlawanan persahabatan tutup tirai Pameran Jersi Kolektor XI Vol. 3

0
27
Pemain pasukan Pilihan Legend XI

CYBERJAYA – Satu perlawanan persahabatan bola sepak menjadi penutup tirai Pameran Jersi Kolektor XI Vol. 3, di sini malam ini.

Perlawanan yang berlangsung di padang bola sepak Brainy Bunch International School itu menemukan pasukan Pilihan Kolektor XI dengan Pilihan Legend XI yang berkesudahan dengan keputusan 9-6.

Pemain pasukan Pilihan Kolektor XI

Dibarisi pemain seperti tonggak Terengganu FC, Nasir Basharudin, Borhan Rahaman, Zamri Chin, Adib Raop, dan artis Kazar Saisi dan Sharwani HKL, pasukan Pilihan Legend XI tidak berjaya menemui rentak permainan apabila perlawanan berlangsung dalam keadaan hujan.

Peluang itu dimanfaatkan sebaiknya oleh pasukan Pilihan Kolektor XI yang berjaya mengawal rentak sekaligus menguasai permainan walaupun dalam keadaan padang yang basah.

Turut hadir menyaksikan perlawanan, Presiden Kolektor XI, Mohd Izwan Mohd. Sani, dan Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Ash Shahid Salleh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here