Pertandingan Mobile Legends, FIFA tawar RM40,000 di AKM

0
16
Peserta mencuba permainan video VR di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang bermula hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM40,000 bakal menjadi habuan peminat-peminat sukan elektronik atau e-Sports sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang bermula hari ini.

Kejuaraan E-Sport AKM yang berlangsung di Dewan 5 itu mempertandingkan permainan video seperti Mobile Legends, FIFA PS5 dan Racing Simulator.

Nurul Aina Nor Azmi

Pengurus Projek e-Sports, Nurul Aina Nor Azmi berkata, antara pasukan popular yang akan mengambil bahagian adalah Mad Esports, Home Bois, Suhaz Esports dan Team Haw.

Katanya, kejohanan yang berlangsung sehingga Ahad ini itu akan pertandingkan secara ‘offline’ dan tidak melibatkan pemain dari luar negara.

Menurut Nurul Aina, pihaknya kini telah menerima pengesahan pengesahan daripada 60 pasukan yang bakal bertanding dalam kejuaraan Mobile Legends manakala 64 peserta bagi pertandingan FIFA.

“Kemuncak pertandingan adalah pada hari Sabtu dan Ahad ini di mana pasukan-pasukan terbaik akan berentap untuk hadiah utama,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here