Pesara tentera maut dibunuh anak sakit mental

0
87
Wan Kamarul Azran sedang memberikan taklimat kepada anggota polis yang terlibat dalam Op Roda di Cyberjaya, hari ini.

CYBERJAYA – Seorang pesara tentera ditemukan maut dibunuh anak lelakinya yang mengalami sakit mental di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil pada 1 Disember lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, sepasukan anggota yang bergegas ke tempat kejadian setelah menerima laporan menemui seorang lelaki yang sedang mengamuk.

“Pemeriksaan (di lokasi kejadian) mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah dengan kesan carik pada bahagian dada serta tangan kiri dan kanan disyaki dicederakan oleh suspek ketika sedang mengamuk dengan menggunakan sebilah pisau pemotong kek.

“Keterangan awal saksi kejadian iaitu isteri kepada mangsa mendedahkan bahawa anaknya itu mengamuk kerana tidak makan ubat yang diberikan oleh hospital secara berjadual,” kata Wan Kamarul pada sidang akhbar berkaitan operasi cegah jenayah Op Roda di Balai Polis Cyberjaya, hari ini.

Siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang pemegang kad orang kurang upaya dan menerima rawatan di Klinik Psikiatrik Hospital Banting, manakala mangsa menghidap penyakit anemia, sawan dan tidak bergerak aktif akibat sakit tua manakala .

Jelas Wan Kamarul, pemeriksaan yang dijalankan oleh Unit Forensik di lokasi kejadian turut menemukan sebilah pisau pemotong kek dan kesan darah.

Beliau berkata, suspek yang berjaya ditahan kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here