
CYBERJAYA – Pihak pengurusan Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch di sini melaksanakan proses sanitasi di bangunan sekolah tersebut, hari ini.
Menurut Ketua Bahagian Penyenggaraan, Burhanuddin Helmy Mohammad, proses tersebut dilaksanakan bagi memastikan persekitaran sekolah selamat menjelang pembukaannya nanti.
“Aktiviti sanitasi ini kita laksanakan selepas sekolah ini digunakan bagi menempatkan para mangsa banjir yang melanda Selangor baru-baru ini.
“Langkah ini juga dilaksanakan dari masa ke semasa bagi memastikan keselamatan pelajar dan kakitangan kita sentiasa terpelihara, in sya Allah,” kata Burhanuddin, hari ini.
Untuk rekod, sebanyak 110 mangsa banjir dari Selangor menjadikan bangunan sekolah itu sebagai Pusat Perlindungan Sementara (PPS) ketika insiden banjir melanda negeri itu, baru-baru ini.
Beliau menambah, lokasi di mana penyemberuan itu dilaksanakan termasuk kawasan surau, kelas, kafe dan laluan yang sering digunakan, meliputi keempat-empat tingkat bangunan sekolah tersebut
“Sebanyak dua kakitangan ditugaskan dalam tugasan hari ini, dan alhamdulillah dapat diselesaikan dalam masa satu jam,” katanya lagi.
Kami berharap tindakan keselamatan ini dapat menghidupkan suasana segar, bersih dan selamat bagi para murid untuk belajar, dan juga mewujudkan suasana yang terjamin bagi kakitangan kami untk bertugas,” katanya lagi.