PM arah Menteri Kabinet batalkan percutian, balik segera bantu Keluarga Malaysia

0
22
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melawat mangsa banjir di Bentong hari ini

BENTONG – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua Menteri Kabinet membatalkan percutian ke luar negara.

Ismail Sabri berkata, Menteri Kabinet yang berada di luar negara ketika ini juga diminta pulang segera ke Malaysia yang terjejas banjir ketika ini.

“Saya arahkan semua menteri yang bercadang untuk bercuti ke luar negara untuk batalkan (hasrat berkenaan).

“Menteri yang berada di luar negara ketika ini untuk pulang segera untuk bersama-sama membantu Keluarga Malaysia yang dalam kesusahan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri hari ini melawat mangsa banjir pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Piatu di Bentong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here