PM lawat Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia

0
18
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melawat Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia di KLCC hari ini.

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa untuk melakukan walkabout ke Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Semasa majlis walkabout sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia itu, Ismail Sabri turut menyempurnakan gimik pelancaran myfuturejobs Satellite Centre.

Hadir mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Semalam, Ismail Sabri dalam ucapannya ketika merasmikan Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia memaklumkan sebanyak 24,300 peluang pekerjaan membabitkan 75 majikan ditawarkan melalui Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia.

Selain menawarkan peluang pekerjaan, Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia juga menyediakan bantuan pendaftaran ke Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs, bengkel penyediaan resume, taklimat kerjaya dan bimbingan carian pekerjaan secara percuma oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO. 

Untuk sertai karnival ini, orang ramai boleh buat pendaftaran menerusi pautan www.myfuturejobs.gov.my/careerfair atau hubungi nombor hotline pendaftaran PERKESO di talian 019-250 3565 / 019-607 9532 / 019-607 8905.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here