PM mahu semua pihak ambil pengajaran pengurusan banjir

0
43
Perdana Menteri semasa berkunjung ke pusat pemindahan sementara (PPS) banjir. Foto : Bernama

JELEBU – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tidak menafikan terdapat kelemahan dalam pengurusan bencana banjir terutamanya di negeri Selangor sehingga mengorbankan 17 nyawa di Selangor, setakat ini.

Bagaimanapun, katanya kerajaan sentiasa telus dan tidak boleh menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya, pengajaran perlu diambil dalam menghadapi bencana sama pada masa akan datang.

Beliau berkata, tanggungjawab dalam pengurusan bencana banjir ini tidak hanya terletak di ‘bahu’ kerajaan persekutuan, tetapi juga kerajaan negeri dan petugas di peringkat daerah turut memainkan peranan paling penting.

“Saya tidak menafikan kelemahan dan akan menamba baik pada masa akan datang … tanggungjawab banjir setakat kerajaan Persekeutuan tetapi Kerajaan negeri dan “frontliners” adalah daerah-daerah.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hanya koordinator … kalau dianggap kelemahan koordinasi, saya tidak membela sesiapa dalam keadaan begini, bagi saya semua perlu dipertanggungjawabkan,” katanya memetik laporan Astro Awani hari ini.

Beliau kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Dewan Besar D’Sury, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, buat masa ini keadaan di seluruh negara sudah terkawal dan hanya satu atau dua negeri yang masih menunjukkan peningkatan kes.

Tegasnya lagi, semua pihak terlibat tidak boleh terlalu selesa kerana bmbang berlaku gelombang kedua terutamanya di sebelah utara tanah air.

Beliau turut mengakui Negeri Selangor berdepan masalah meruncing pada awal berlaku bencana berkenaan memandangkan negeri itu jarang dilanda musibah seumpama itu berbanding negeri-negeri di Pantai Timur.

Ismail Sabri berkata semasa mesyuarat secara maya bersama menteri besar negeri-negeri lain pagi tadi, beliau dimaklumkan kesiapsiagaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang teratur kerana situasi banjir sering berlaku di negeri tersebut.

“Namun berbeza di Selangor, bencana yang menimpa negeri itu adalah di luar jangkaan. Cuma di Selangor ada masalah… kita transparent (telus) dari segi ini dan saya tidak mahu melindungi sesiapa… di negeri lain, pantai timur, banjir telah jadi seperti acara tahunan.

“Jadi semua persiapan sudah dibuat termasuk dengan data lengkap… hanya menunggu untuk buka PPS atau tidak sahaja, kedua PPS dikenal pasti dan sudah ada, setiap tahun semua akan pindah ke tempat yang sama,” katanya.

Beliau berkata, peraturan membuka pusat operasi bencana mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi iaitu apabila sebuah rumah terjejas, wajib membuka bilik gerakan.

Katanya di Selangor bukan satu rumah terjejas tetapi semua terkesan banjir dan mangsa berpindah secara serentak terutamanya di daerah Petaling dan Shah Alam.

“Saya tidak menyalahkan netizen membuat aduan, saya berterima kasih kerana terus mengadu kepada saya,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here