PM melawat mangsa banjir

0
23
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat mangsa banjir diKampung Bukit Lanchong, berhampiran Putra Height, malam tadi.

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat mangsa banjir diKampung Bukit Lanchong, berhampiran Putra Height, malam tadi.

Beliau bergegas ke kawasan itu selepas meninjau dan mengadakan sidang media khas mengenai banjir di Agensi Pengurusan Bencana (NADMA).

Perdana Menteri dalam hantara di laman Facebooknya menyatakan beliau sempat bertanya sendiri dengan mangsa banjir mengenai situasi yang dihadapi.

“Ramai penduduk Kampung Bukit Lanchong tersekat akibat banjir di kawasan Putra Heights, Selangor.

“Saya sempat bertanya sendiri dengan mangsa banjir mengenai situasi yang mereka hadapi.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat terus melaksanakan kerja-kerja memindahkan dan membantu penduduk yang terkandas di kawasan tersebut.

“Kita akan pastikan setiap mangsa banjir menerima bantuan dengan cepat dan pantas,” katanya dalam hantaran tersebut.

Hari ini, Perdana Menteri dijangka melawat mangsa banjir di Pusat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Johan Setia, Klang dan Sekolah Telok Gong, Klang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here